« Bila kita dah tak cinta tapi ia menjadi sayang... | Main | SElamat Kembali... »

Hak Berhimpun : Ekspresi Hak Asasi atau Hak Berdemonstrasi

10.  Freedom of speech, assembly and association.

(1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) -

(a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;

(b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms;

(c) all citizens have the right to form associations.

(2) Parliament may by law impose -

(a) on the rights conferred by paragraph (a) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, friendly relations with other countries, public order or morality and restrictions designed to protect the privileges of Parliament or of any Legislative Assembly or to provide against contempt of court, defamation, or incitement to any offence;

(b) on the right conferred by paragraph (b) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof or public order;

(c) on the right conferred by paragraph (c) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.

(3) Restrictions on the right to form associations conferred by paragraph (c) of Clause (1) may also be imposed by any law relating to labour or education.

(4) In imposing restrictions in the interest of the security of the Federation or any part thereof or public order under Clause (2) (a), Parliament may pass law prohibiting the questioning of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III, Article 152, 153 or 181 otherwise than in relation to the implementation thereof as may be specified in such law.

Secara expres nya, Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan bahawa hak untuk berhimpun telah termaktub berasaskan Perlembagaan Persekutuan. Artikel 10 sepertimana di atas menyatakannya.

Walau pun begitu, mutakhir ini kebebasan asasi (di Malaysia) dan di seluruh dunia dikenali dengan hak asasi ini, hak berhimpun telah digunakan oleh individu2 yang percaya yg mereka mempunyai hak itu. Bermula perhimpunan BERSIH, diikuti HINDRAF dan terakhir perhimpunan sempena hari HAk Asasi Sedunia. Kesemua perhimpunan ini dipohon permitnya kepada pihak berkuasa tetapi telah dinafikan hak dibawah perlembagaan sepertimana yg telah termaktub.

Alasannya ia akan menimbulkan kesusahan dan sekali lagi menganggu ketenteraman awam telah dikatakan menjadi punca perhimpunan ini tidak diberi. Persoalannya, apakah kayu ukur atau indikator yang diberikan bagi mendefinisikan frasa 'menganggu ketenteraman awam' tidak diperjelaskan. Ini menimbulkan prasangka buruk khususnya dari pihak pembangkang berkaitan kebebasan asasi mereka untuk berhimpun telah dinafikan.

Selain itu, sekiranya alasan menganggu ketenteraman awam menjadi punca mengapa tidak saja dibenarkan sahaja dibuat di padang-padang terbuka. Ini kerana alasan peniaga tidak boleh berjual dan hotel booking had been canceled sehingga 10% adalah sesuatu yang tidak logik untuk menafikan terus expresi kebebasan untuk berhimpun. Seharusnya pihak berkuasa di Malaysia perlu bijak mengimbangkan keperluan kebebasan asasi dihormati disamping mengoptimumkan kuasa mengawal.

Saya bersetuju dengan pandangan rakan seperjuangan Ikmal bilamana dalam usia meniti kemerdekaan 50 tahun, kebebaasan asasi seperti ini perlu dilarang. usia 50 tahun harus dirujuk sebagai turning point untuk kita berubah dari persepsi negara membangun ke arah negara maju dengan lebih membenarkan pengimplementasian kebebasan asasi dengan cara yang lebih teratur dan tersusun.

Ini bermaksa perhimpunan perlu dibenarkan dan izinkan tetapi bagaimana menghalang ia menjadi sesuatu yang mendatangkan mudarat perlu difikirkan modus operandi. Sudah terlalu lama kita mengimbau 13 Mei tetapi jarang sekali kita berfikir ia pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada generasi masa depan kita sebagai warga sebuah negara maju yg ditakut2kan untuk mengexpresikan idea dan pendapat.

                            

Comments

Kini seolah2 Seksyen 27 AKta Polis melebihi peruntukan Artikel 10 Perlembagaan itu sendiri. Sesuatu yg sgt menyedihkan dan seolah-olah meletakkan peruntukan akta lebih tinggi daripada peruntukan perlembagaan!

Jadi mana perginya keluhuran perlembagaan (supremacy of constitution) yang diwar-warkan lebih tinggi letaknya banding dengan kedaulatan undang-undang (rule of law) seperti termaktub dalam Rukun Negara.

Res ipsa loquitor :)

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .